aku benci merdeka. kenapa aku benci merdeka kerana merdeka kini tidak lagi seperti dulu. dulu semangatnya tidak lagi seperti masa kini. ramai remaja tidak tahu mengenal erti kemerdekaan yang sebenar. pada mereka erti kemerdekaan diraikan dengan cara yang salah. aku benci pada orang yang hannya tahu mengucapkan merdeka walhal dia sendiri tidak tahu apakah erti merdeka pada dasarnya. yang mereka tahu hanyalah keseronokan, kebebasan dalam hubungan bercinta dimana mereka bebas melakukan sesuatu padahal mereka tidak lagi mempunyai hubungan mahupun ikatan yang sah. mereka ini hanyalah mahukan kegembiraan semata-mata tanpa memikirkan implikasi atas apa yang mereka telah lakukan. aku benci merdeka kerana masih ramai tidak tahu sudah berapa tahunkah negara kita sudah mencapai kemerdekaan. bodoh punya bangsa. dah la melayu lemah, taknak bersatu pula tu. bangsa lain seronok melihat kita bergaduh dan bertelagah sesama sendiri. wahai melayu, bangkitlah dan sedarlah! aku benci merdeka kerana bangsa kita sering ditindas kerana kita terlalu lemah. aku benci merdeka kerana melayu sering bermain politik wang, rasuah, menindas sesama bangsa, membantu kaum lain sedangkan melayu perlu bangkit memartabatkan bangsa melayu itu sendiri! sedarlah melayu terutamanya, kita harus bersatu padu, bersepakat dalam membuat keputusan. sekarang sudah jelas kelihatan dimana terdapat pembesar2 melayu ingin menjatuhkan dan memalukan bangsa mereka sendiri demi menarik perhatian bangsa lain. aku bukan racist tapi ini luahan hati yang berkecamuk dan memberontak serta bengang dengan bangsa aku sendiri. bangunlah melayu demi nama MALAYSIA!! selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-53
2 comments:
sangat setuju :)
ini sekadar luahan hati aku.
Post a Comment