kesinambungan dari kisah aku benci merdeka, aku ingin menambah beberapa kekecewaan serta ketidakpuashatian terhadap bangsa aku sendiri. aku bukan racist. kenapa mesti melayu yang terlibat dengan semua kejadah ni? dah la lemah ditindas, join pula benda2 yang tak ada faedah langsung pada diri. bodoh punya bangsa.
1. mat rempit.
aku paling benci dengan golongan ni. dah la tak bermoral, nak kacau hidup orang pula tu. mana pergi iman dalam diri, nasihat mak ayah masa diajar sewaktu kecil dahulu? inilah akibat mudah terpengaruh dengan anasir2 jahat dan rakan yang tidak membawa apa2 makna dalam hidup. apa yang mereka inginkan hanyalah keseronokan. bila dah terhantuk, baru nak tergadah. masa itulah nak salahkan mak ayah, orang yang menyebabkan kematian walhal diri sendiri yang tidak pernah sedar dengan implikasi yang bakal diterima samada didunia mahupun diakhirat. buat bising dengan bunyi motor yang menyakitkan halwa telinga orang lain, memekak sana sini macam dia saja yang ada motor, bangga dengan gelaran mat rempit yang diberi, bangga melakukan vandal, gaduh sana gaduh sini. apa yang kau dapat wahai mat rempit? fikirlah! negara MALAYSIA memerlukan pelapis yang boleh membangunkan nama negara diserata dunia bukan membusukkan nama negara dengan benda bodoh yang korang buat ni. kalau betul nak majukan dan harumkan nama negara, pergi join kempen kesedaran antidadah, rakan muda, rakan belia muda, buat kerja2 amal. dah namanya pun mat rempit, memang sampai mati pun takkan sedar. kenapa mesti melayu yan terlibat dengan semua ni? manalah bangsa lain tak rendah2kan kita sebab bangsa lain lumba dengan kereta, bukan dengan motor. mereka mampu sebab mereka bekerja dan melakukan pelbagai aktiviti demi menampung kehidupan mereka seharian. ini tidak, sudahlah tidak bekerja, rembat duit orang pulak tu. dimana letaknya jati diri anda wahai rakan? sudah hilang kewarasan dirikah dengan melakukan perbuatan sebegitu? merogol, membunuh, merompak. puas dengan melakukan semua itu? aku geram dengan mat rempit. filem2 melayu pun sudah banyak memaparkan aksi2 rempit. bila bangsa mahu maju?! makin ditayang, makin berleluasalah kegiatan sosial yang tidak bermoral ini! pembikin filem berfikiran mat rempit akan berubah fikiran dan sedar setelah menonton filem berkenaan mereka, jawapannya TIDAK sama sekali. begitu bodoh penggiat filem tanah air kerana membanggakan mereka2 ini. usaha untuk mencapai Wawasan 2020 haruslah diperkuatkan lagi demi membina satu negara bangsa yang kuat jati diri, tinggi martabat bangsa dan negara, serta yakin bahawa kegiatan2 bodoh ini tidak mendatangkan faedah dan keabaikan dalam diri masing2. sedarlah wahai melayu, janganlah engkau membuang masa dengan melakukan aksi2 bodoh yang boleh mendatangkan malu pada diri sendiri, ibu ayah sudah pasti, keluarga, bangsa, agama dan negara. aku bukan racist sebabnya bangsa lain akan menggelakkan kita kerana hampir setiap hari ada saja cerita berkenaan dengan jenayah yang melibatkan orang melayu. sungguh malu wahai melayu. maaf kerana emosi sebab aku tidak tahan lagi dengan perangai bangsa aku sendiri yang seakan tidak pernah sedar dengan apa yang mereka buat.
:: fikirkan implikasi kerana ada istimewanya bila kita berfikir sehingga infiniti ::
No comments:
Post a Comment