Wednesday, September 1, 2010

bunga.bukan.sekuntum

bunga bukan sekuntum. itulah ungkapan yang biasa kedengaran pabila si lelaki putus cinta takpun sang perempuan tidak membalas perasaan yang dizahirkan. tidaklah perlu berasa kecewa kerana masih terdapat lagi bunga2 yang masih mekar menanti di masa akan datang. semuanya telah ditentukan dan ditetapkan. kita hanya perlu berusaha demi menjumpai bunga yang terbaik dan terpelihara. sehinggalah kita memperoleh bunga itu, hendaklah kita menjaganya dan menyemainya dengan perasaan kasih sayang dan cinta agar bunga yang dipilih itu mekar selamanya sehingga akhir hayatnya. aku berkata sbegini bukanlah aku ini cemburu mahupun perasaan aku tidak dibalas oleh si dia yang aku admire, tetapi menimbulkan rasa kesal kenapa mesti ramai yang ingin bunga yang cantik diluar tetapi tidak mekar di dalamnya. bunga yang mekar luar dan dalam amatlah susah untuk dicari. oleh itu, kita hendaklah berusaha dan bertawakal demi si bunga yang diidamkan selama ini. aku ternampak 2 bunga yang bagiku amat menarik perhatianku. bunga pertama cantik, menawan, menarik, tetapi bunga itu mungkin bisa dimiliki oleh kebanyakan lelaki kerana dengan sifatnya. mungkin bukan jodohku dengan dia. jika aku disatukan dengannya di satu hari nanti, aku hanya mampu bersyukur kerana penantian dan usaha ku selama ini membuahkan hasil dan tidaklah sia-sia. bunga kedua bagiku lebih manis jika dipandang serta senyuman yang dilemparkan olehnya. aku menaruh perasaan padanya tetapi aku sangat takut untuk menyatakan perasaanku itu terhadapnya takut2 ditolak dan tidak diterima. yalah, orang akan berkata, bunga yang cantik adalah untuk lelaki yang benar2 mampu memilikinya, tetapi tidak bagi aku. aku seperti tidak mampu memiliki kedua2 bunga yang dinyatakan. aku hanya mampu memrhatikan mereka dari jauh kerana aku tidak mahu menanggung malu pabila perasaanku ini ditolak dan tidak diterima. aku cuma ingin jujur dan ikhlas dalam apa yang aku lakukan. aku tidak mahu setiap perbuatanku disalaherti kerana niatku cuma hanya ingin berkawan dan mengenalinya, jika terbitnya perasaan dan bibit2 cinta, aku hanya mampu mengucapkan syukur saja. tapi buat masa ini, aku cuma berserah agar aku dikurniakan jodoh yang baik didunia dan dikahirat dimana aku dijadikan baik untuknya dan dia juga baik untukku. amin.

2 comments:

RiOT! said...

when we have feeling towards someone that we admired, just say it,it can reduce your problem.whatever he/she accept or not, it`s the no.2,the 1st thing is ,you have to be sincere with urself to someone that you loved,don`t get wasted..
(iezzam juaini,2008)taken from the red letter

Juaini Jr. said...

peh, gile kau leh wat LR kat blog aku. aku ni pandai berkata2 tp tak pandai nak aplikasikan apa yg aku katakan tu.