3 tahun sudah berlalu. perkenalan secara tidak sengaja dimana aku dan dia. 3september07 adalah tarikh dimana kami berkenalan ketika kami baru sahaja pulang daripada menyertai satu lawatan di Kuala Lumpur. perkenalan itu agak simple kerana ianya berlaku di dalam bas ketika perjalanan pulang ke kampus. aku ni seorang yang pemalu lebih2 lagi dengan perempuan. tapi bagiku dia seorang yang agak istimewa kerana agak sukar untuk ketemu dengan perempuan yang sebegini rupa. maksud aku, sifatnya yang amat memahami diriku, mudah bergaul, dan dia membuatkan aku senang dan selesa pabila dengannya. aku gembira menjadai sahabatnya sehingga kini, mungkin hingga ke akhir hayatku. mudah2an. amin. kami banyak berkongsi kegembiraan, kedukaan serta pahit maung sepanjang bergelar sahabat. persahabat yang dibina dari hati yang ikhlas dengan disulam dengan budi bicara yang baik dan lembut tutur kata. sepanjang persahabatan ini, aku jarang mempunyai masalah dengannya kerana padaku dia bukanlah masalah bagiku, malah dia juga boleh dikatakan sebagai sumber inspirasiku. padahal dialah tempat aku membuli dan bergurau. dia istimewa. aku suka menjadi sahabatnya. hari berlalu dengan pantas. kami menjdai rapat. aku tidak kisah dengan rupa paras, kedudukannya, mahupun harta yang dimiliki. apa yang aku harapkan adalah kejujuran hati dan keikhlasan budi pekertinya. walaupun dia selalu dibuli olehku, dia jugalah tempat aku merujuk jika aku mempunyai masalah tentang pelajaran, perasaan, dan juga kehidupan. rakan2 juga selesa dan gembira melihat kami. dan mereka juga mengharapkan agar kami menjalinkan hubungan yang baik disuatu hari kelak. tapi pada kami, ianya masih terlalu awal. jadi, kami mengambil keputusan untuk terus bersahabat. masalah yang dihadapi juga telah mengajar kami agar menjadi lebih dewasa dan mematangkan pemikiran kami. kami masih muda, tapi kami perlu menjdai seorang yang matang pada usia. aku tidak pernah mempunyai sahabat yang sebegini kerana agak susah untuk kita jumpa sahabat daripada kawan. genap 3tahun kami berkenalan dan kami harap hubungan persahabatan ini akan kekal hingga ke akhir hayat kami. amin.
2 comments:
thanks for everything :)
no worries la opy =D
Post a Comment