assalamualaikum pembuka bicara. alaf 21 menjelma sudah, yang ku harapkan cuma perubahan pemikiran selaras dengan kemajuan dunia yang tidak bersempadan ini. cuma yang masih ada tergolong dalam golongan kolot dan kotor sepertimana yang dapat dilihat disana sini atas perbuatan mereka samada sengaja mahupun tidak sengaja.
situasi 1 - persahabatan terbina dengan apa cara sekali pun tanpa kita duga tak kiralah dengan niat yang baik mahupun tidak. cuma apa yang mampu dilakukan hanya dengan berserah kepadaNya segalanya atas perbuatan yang telah dilakukan. tujuannya hanya satu, tiada sengketa antara umat di Bumi ini. kawan, itu kata yang sedap didengar tetapi mempunyai pelbagai maksud yang tersirat disebalik perkataan KAWAN itu. menilailah pada pers[ektif diri anda masing2. baru2 ini aku telah berkawan dengan sesorang yang aku kenali melalui laman sosial di internet. segalanya bermula dengan KAWAN. tapi sesuatu bergolak di jiwa ku mengatakan agar hubungan kami itu harus dilanjutkan kepringkat kedua iaitu bercinta. kenalnya cuma sekejap belaka, tetapi mesranya bagai sudah bertahun lamanya. pada asalnya aku hanya ingin berkawan, tapi takdirNya tidak dapat ku nyahkan dari diriku ini. kami bagaikan teman rapat yang saling menyukai, merindui dan menyayangi. tetapi disebalik itu, kami cuma kawan rapat sahaja. ada juga hasrat ingin meneruskan hubungan ke alam percintaan, tetapi ku fikir, kami masih freshy, maka ku batalkan saja niatku itu dan kami berkawan seperti biasa sahaja sehinggalah ku bertemu dengan rakan sekelasku ketika aku masih di bangku sekolah. hubungan kami bagaikan serba tidak menjadi kerana ku fikirkan kami seperti tidak boleh bersama kerana bagiku cara kami amat berbeza sama sekali. kata2 perbualannya seolah dia mahu mengatakan bahawan dia mampu memiliki segalanya, tetapi tidak bagi aku. aku cuma mengiyakan saja kata2nya itu. seperti kawanku berkata, orang bual letup ni kalau dilayan makin dia suka. so, aku mengambil langkah bijak untuk berdiam dan mengangguk ya saja pada setiap kata2nya itu. sejak dari itu, kata2 dan perbuatannya ku amati dengan teliti, lalu ku pergi meniggalkannya secara perlahan2. dia juga menyedari perlakuan ku itu. mesej2nya tidak ku endah dan dia tersa seperti terasing denganku. ku cuma mahukan ruang kebebasan dan ketenangan. kami mula menjauh dan lama kelamaan berhenti berhubung kerana ku tidak lagi sanggup mendengar kata2 angkuhnya. maafkan aku. mungkin perbuatan ku ini membuatkan kau membenci diri ini. ku cuma mahukan kebebasan seperti yang ku katakan.
situasi 2 menyusul...
No comments:
Post a Comment