situasi 2 - situasi ini bermula setelah kami tidak lagi berhubung sekerap dulu. barangkali dia tidak berapa kisah kerana dia mempunyai ramai rakan dan kenalan, maka tidak perlulah berhubung dengan ku. selepas situasi 1 berlaku, aku ada juga menghubunginya beberapa kali atas dasar kawan tetapi bukan kerana aku bosan kerna tidak mempunyai kawan pada masa itu. pemikiran manusia berusia 21 bagaikan pemikiran kanak2 kerana dia mudah mempercayai kata2 orang lain tanpa dia menyelidiki dan mengetahui perkara sebenar dari mulutku ini. ada yang hasad serta busuk hati dengan apa yang aku miliki kerna apa yang aku lakukan semua itu tiada kena mengena dengan orang yang hasad terhadapku. bagiku manusia yang berperasaan hasad ini adalah seperti manusia yang tak ubah seperti manusia yang cuma mempunyai otak tetapi minda dan pemikirannya tidak wujud atau senang diertikan adalah seperti BINATANG. manusia2 yang seperti inilah yang suka menjatuhkan manusia yang lain tidak kiralah samada manusia itu rakan baiknya sendiri mahupun kenalan terdekat. manusia seperti ini seringkali dilihat hanya bertopengkan manusia tetapi dalamannya penuh dengan hasad, dendam yang tidak berkesudahan hingga ke akhir hayatnya. apa yang dia nak pun aku tidak tahu. biasalah manusia yang sebegini rupa memang susah untuk dikesan kerana dia seperti talam 574 muka. tapikan, sebagai manusia yang berfikiran futuristik, aku tidak perlukan 'binatang' seperti ini untuk membantu aku dalam membina kerjaya yang lebih mencabar di masa akan datang. 'binatang' ini hanya layak berkawan dengan binatang tapi standardnya sudah pasti lagi rendah dari haiwan. ah, abaikan 'binatang' itu bersama sekutunya. penat nanti, berhentilah dia. aku doakan kau selamatlah dunia dan akhirat ya. berbalik semula kepada cerita hasad dengki tadi. oh ye, pabila kita mudah percaya akan kata2 orang lain hampir sepenuhnya, orang akan menganggap kita seperti tidak mempunyai pendirian. kejap percaya cakap orang ni, kejap percaya cakap orang. sampai bila kita nak percaya cakap orang sampai tidak pernah nak memberi ruang kepada isi hati untuk berkata-kata?? bila kita mudah mempercayai kata2 orang semudah seperti switch on kipas, orang disekeliling kita mudah mengambil kesempatan atas diri kita tapi itu bergantung juga dengan kekuatan diri kita samada mampu atau tidak. semua ini terpulang pada diri sendiri. renung sejenak...niat penulisan blog cuma luahan isi hati yang susah dimengerti kerana ianya begitu abstrak dan halus bagai plankton di lautan biru. kalau ada yang terasa mahupun tersinggung, harap maaf. nukilan ini hanya kebetulan saja. moral of the story:
1- pendirian diri kena teguh
2- kata2 orang hendaklah dihalusi sepenuhnya sehingga ianya sahih
3- jangan berkawan dengan 'binatang'
4- be futuristic
situasi 3 mendatang...