2011. ya, sudah 2011. pada dasarnya masa berlalu dengan pantas bagaikan tanpa kita sedari apa yang berlaku disekeliling kita. tidak kira sama ada yang baik mahupun yang kurang menyenangkan. setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. kita cuma mampu merancang dan berharap agar apa yang dihajati itu menjadi kenyataan, tapi dengan izinNya juga barulah apa yang diimpkan itu menjadi realiti. Kawan. ya, kawan. itulah ikatan yang terjalin tanpa kita sedari. kuasa ikatan itu tersangatlah kuat dan hebat sehinggakan perbalahan kecil mampu merubah kehidupan seterusnya. tidak kira apa juga halangan dan rintangan, semuanya ditempuhi bersama-sama. walaupun kita berbalah kerana perkara kecil, ikatan kawan ataupun persahabatan yang terjalin sesama insan itu tetap utuh kerana ikatan yang dijalinkan ini datangnya dari hati yang sangat ikhlas dan jujur. dengan persaan ini jugalah seseorang kawan itu sanggup melakukan apa saja demi insan yang digelar kawan. tidak kira masalah kewangan, percintaan, pelajaran, dan sebagainya, rakan yang hampir itulah menjadi tempat mengadu serta meminta pertolongan tidak kira ketika susah mahupun senang. selagi bernyawa dan bernafas serta ikatan persahabatan masih tegap dan kukuh terjalin, aku akan tetap terus berkhidmat demi kawan-kawanku. oh kawan, ada kalanya aku begitu stress, emosional, tertekan, dan apa bagai lagi perasaan dan dengan perasaan yang dizahirkan itu menjadikan kamu tidak menyukaiku, aku terima dengan hati yang terbuka tanpa menyimpannya di dalam hati dan tidak mungkin untuk membalas dendam di hari mendatang kelak. jauh sama sekali untuk berbuat demikian. ada juga terbit perasaan sayang dan cintakan kawan tapi perasaan itu sekadar perasaan dan tidak mungkin melepasi garisan serta piawaian ikatan persahabatan. jika ianya melepasi batasan garisan tersebut, kesannya begitu hebat dan mungkin ikatan yang dibina sekian lama itu mungkin terlerai dengan begitu kejam dan tertinggal bekas dan luka dihati yang ikhlas itu. oh kawan, aku membantu dan menolongmu selagi aku mampu berbuat demikian. anggaplah ianya rezeki buatmu yang datangnya dari Yang Maha Esa. aku cuma menjalankan tugasku sebagai khalifah di BumiNya ini. jika terkurang dan tersilap dalam menuanikan tanggungjawabku itu, aku memohon sejuta kemaafan atas kehilafanku. aku tidak mengharapkan apa-apa balasan darimu wahai kawan, jika kamu membalas dengan apa juga cara yang baik sekalipun, aku menganggapnya itu sebagai rezeki dan balasan atas apa yang dilakukanku terhadapmu wahai kawan. biar onak dan duri ditempuhi bersama, asalkan ikatan ini akan terus disulam di dalam hati kita buat selamanya hingga jasad dipisahkan dari nyawa kita. dan apa yang aku luahkan ini adalah segalanya untuk kawan =)