Monday, September 27, 2010

sekuntum ros merah

surprise ! itulah yang sering aku lakukan pada dia kerna dia suka akan kejutan. alhamdulillah, kami bertambah rapat. tahun depan datang lagi ya =P

Saturday, September 4, 2010

bila cinta

Bila cinta kini

Tak lagi bermakna

Yang ku rasa kini

Hanyalah nestapa

Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan

Manisnya janjimu

Yang ku sambut itu

Dengan segenap hatiku

Bila engkau pergi

Tinggalkanku

Hilangnya cintamu

Menusuk hatiku

Hingga ku memilih

Cinta yang fana

Ku sebut namamu

Disetiap doaku

Bangkitkan setiap kenangan tentangmu

Yang ku dapat hanyalah bayangmu

Hilangnya cintamu

Menusuk hatiku

Hingga ku memilih

Cinta yang fana

Perginya dirimu

Merobek jantungku

Hingga ku terjatuh

Dalam harapan

Dalam harapan

Friday, September 3, 2010

aku.rabun

aku kembali dengan post yang baru setiap hari. hari ini aagak malang dan sedih kerana apa yang diinginkan tidak menepati piawaian aku. antaranya aku terskip kelas qmt, lecturer tak panggil nama aku untuk present individual assignment, test reading mandarin tadi agak hampeh dan paling menyedihkan sekali ialah bila cermin mataku patah dan aku tidak dapat melihat dengan begitu jelas. niat sebenarnya memang untuk buat spec baru =D dah 5tahun aku bersamanya, akhirnya patah juga dia. nasib baik hari last kelas, kalau tak memang terbaik la kan aku nak tengok kawan salin apa. sabar jelah. dugaan.naik raya nanti, spec baru sudah. nantikan...

Thursday, September 2, 2010

3.9

3 tahun sudah berlalu. perkenalan secara tidak sengaja dimana aku dan dia. 3september07 adalah tarikh dimana kami berkenalan ketika kami baru sahaja pulang daripada menyertai satu lawatan di Kuala Lumpur. perkenalan itu agak simple kerana ianya berlaku di dalam bas ketika perjalanan pulang ke kampus. aku ni seorang yang pemalu lebih2 lagi dengan perempuan. tapi bagiku dia seorang yang agak istimewa kerana agak sukar untuk ketemu dengan perempuan yang sebegini rupa. maksud aku, sifatnya yang amat memahami diriku, mudah bergaul, dan dia membuatkan aku senang dan selesa pabila dengannya. aku gembira menjadai sahabatnya sehingga kini, mungkin hingga ke akhir hayatku. mudah2an. amin. kami banyak berkongsi kegembiraan, kedukaan serta pahit maung sepanjang bergelar sahabat. persahabat yang dibina dari hati yang ikhlas dengan disulam dengan budi bicara yang baik dan lembut tutur kata. sepanjang persahabatan ini, aku jarang mempunyai masalah dengannya kerana padaku dia bukanlah masalah bagiku, malah dia juga boleh dikatakan sebagai sumber inspirasiku. padahal dialah tempat aku membuli dan bergurau. dia istimewa. aku suka menjadi sahabatnya. hari berlalu dengan pantas. kami menjdai rapat. aku tidak kisah dengan rupa paras, kedudukannya, mahupun harta yang dimiliki. apa yang aku harapkan adalah kejujuran hati dan keikhlasan budi pekertinya. walaupun dia selalu dibuli olehku, dia jugalah tempat aku merujuk jika aku mempunyai masalah tentang pelajaran, perasaan, dan juga kehidupan. rakan2 juga selesa dan gembira melihat kami. dan mereka juga mengharapkan agar kami menjalinkan hubungan yang baik disuatu hari kelak. tapi pada kami, ianya masih terlalu awal. jadi, kami mengambil keputusan untuk terus bersahabat. masalah yang dihadapi juga telah mengajar kami agar menjadi lebih dewasa dan mematangkan pemikiran kami. kami masih muda, tapi kami perlu menjdai seorang yang matang pada usia. aku tidak pernah mempunyai sahabat yang sebegini kerana agak susah untuk kita jumpa sahabat daripada kawan. genap 3tahun kami berkenalan dan kami harap hubungan persahabatan ini akan kekal hingga ke akhir hayat kami. amin.

Wednesday, September 1, 2010

bunga.bukan.sekuntum

bunga bukan sekuntum. itulah ungkapan yang biasa kedengaran pabila si lelaki putus cinta takpun sang perempuan tidak membalas perasaan yang dizahirkan. tidaklah perlu berasa kecewa kerana masih terdapat lagi bunga2 yang masih mekar menanti di masa akan datang. semuanya telah ditentukan dan ditetapkan. kita hanya perlu berusaha demi menjumpai bunga yang terbaik dan terpelihara. sehinggalah kita memperoleh bunga itu, hendaklah kita menjaganya dan menyemainya dengan perasaan kasih sayang dan cinta agar bunga yang dipilih itu mekar selamanya sehingga akhir hayatnya. aku berkata sbegini bukanlah aku ini cemburu mahupun perasaan aku tidak dibalas oleh si dia yang aku admire, tetapi menimbulkan rasa kesal kenapa mesti ramai yang ingin bunga yang cantik diluar tetapi tidak mekar di dalamnya. bunga yang mekar luar dan dalam amatlah susah untuk dicari. oleh itu, kita hendaklah berusaha dan bertawakal demi si bunga yang diidamkan selama ini. aku ternampak 2 bunga yang bagiku amat menarik perhatianku. bunga pertama cantik, menawan, menarik, tetapi bunga itu mungkin bisa dimiliki oleh kebanyakan lelaki kerana dengan sifatnya. mungkin bukan jodohku dengan dia. jika aku disatukan dengannya di satu hari nanti, aku hanya mampu bersyukur kerana penantian dan usaha ku selama ini membuahkan hasil dan tidaklah sia-sia. bunga kedua bagiku lebih manis jika dipandang serta senyuman yang dilemparkan olehnya. aku menaruh perasaan padanya tetapi aku sangat takut untuk menyatakan perasaanku itu terhadapnya takut2 ditolak dan tidak diterima. yalah, orang akan berkata, bunga yang cantik adalah untuk lelaki yang benar2 mampu memilikinya, tetapi tidak bagi aku. aku seperti tidak mampu memiliki kedua2 bunga yang dinyatakan. aku hanya mampu memrhatikan mereka dari jauh kerana aku tidak mahu menanggung malu pabila perasaanku ini ditolak dan tidak diterima. aku cuma ingin jujur dan ikhlas dalam apa yang aku lakukan. aku tidak mahu setiap perbuatanku disalaherti kerana niatku cuma hanya ingin berkawan dan mengenalinya, jika terbitnya perasaan dan bibit2 cinta, aku hanya mampu mengucapkan syukur saja. tapi buat masa ini, aku cuma berserah agar aku dikurniakan jodoh yang baik didunia dan dikahirat dimana aku dijadikan baik untuknya dan dia juga baik untukku. amin.